Arab Miskin Dan Isterinya

Suami isteri
harus dicontohi
satu dan lain
tidak kau perhatikan
sepasang sepatu?
Jika satu sempit di kaki
kedua-duanya tak berfungsi
bagimu

Tidak kau lihat
sebelah pintu kecil
lainnya besar?
‘tau serigala
kahwin dengan singa hutan?

Tak kan seimbang
sepasang guni
atas unta
satu ‘mat besar

Kupergi dengan
hati teguh
ke arah rela puas
kenapa kau tuju
caci cerca?


(Jalaluddin Rumi, Petikan dari Hikayat Arab Miskin dan Isterinya dalam Mathnawi)

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites